Thursday 22 August 2013

My old blog

I have my old blog....before I plan to come out with this blog...also just a newbie blog, but now I am planning to make it as academia blog and this randombubbling is more about other topics...All my academic project,past sem exam q&a will be there and also other educational information...I am sorry and have a nice day...I will try to be very hardworking as much as I can to be fair for both blog...
my other blog is http://pukulsatupagi.blogspot.com

Membersihkan blog yang dah bershawang-shawang...

Finally, my journey as Accounting student has ended on 3/8/2013, dengan final result yang lebih baik, aku berjaya graduate...my next part is job hunting...
Sebelum ke part job hunting, hidupku yang busy ini...super busy masa part 8 (accounting degree),memang tidak ku sangka-sangka...pergh macam apa la...group project sampai berbelas-belas, quiz, test...x caye??
Meh aku share notes aku masa Part 8 ni...tergolek-golek belajar nak achieve 4 flat....
Apa-apa pun aku sangat bersyukur sebab bantuan lecturer dan kawan-kawan membuatkan aku menghabiskan semester terakhir aku dengan best sekali...
Thanks for all my classmates and batch mates and lecturers.....
Can't wait for my convocation day.....

Wednesday 8 May 2013

Wordless Wednesday




Credit to ekspresiruang.blogspot

Ayam Masak Paprik

aku cuma nak share resepi yang sedap dari blog ni...http://norziehany.blogspot.com/2012/08/ayam-masak-paprik.html..which memang sedap, telah di cuba oleh aku...kui3....habis licin di makan kaum keluarga...cuma aku tak goreng ayam, sebab dah di potong kecik-kecik and yes..no veggie involved...sebab tak makan sayur....credit to owner of the blog for the marvelous recipe...ok aku nak sambung study sebab esok ada quiz Audit...


Ayam Masak Paprik
Resepi:Norzie hany
Bahan A
  • 300gm isi ayam (potong kecil)
  • 100gm bunga kobis (hiris)
  • 10 gm kacang panjang(di potong)
  • 1 biji cili capsicum (di potong)
  • 1 biji bawang holland (hiris bulat)
  • 1 biji kecil lobak merah
  • 6 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi (di ketuk)
  • 1/2 cawan air
Bahan B
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 batang serai(diketuk)
  • Sedikit minyak masak
Bahan C
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu cili sos
  • Gula dan garam secukup rasa.
Cara memasaknya:
  1. Bersihkan ayam lumur sedikit garam dan kunyit dan goreng separuh masak.Angkat.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan B hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan A termasuk ayam tadi kacau dan biarkan seketika.
  4. Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih sekejap dan angkat.
  5. Sedia di hidangkan.

Tentang BL1M

BL1M atau nama popularnya Bantuan Lesen 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang di gerakkan Pemuda Umno Terengganu kalau tidak salah aku, Kebaikannya adalah membantu golongan muda yang menunggang tanpa lesen ini mengambil lesen pada harga yang lebih murah yakni RM 199. Adik aku yang baru lepas SPM pun tergolong la walaupun harga yang di tawarkan sekolah memandu lebih RM 50 sahaja dari harga BL1M ini. Setelah mendaftar, adik aku pun buat bayaran money order RM 199 dan hantar di pejabat UMNO Cawangan kawasan kami...disebabkan excited nak dapat lesen, maka beliau pun menungganglah motor melatih diri...tunggu punya tunggu, 2 bulan keudian..pergh baru adikku di panggil untuk menghadiri kursus KPP...Apa yang aku nak kongsi is how dissapointed I am because my sister had registered and paid around the month of February and what happen is the KPP only conducted at the end of April...betul aku faham ramai yang mendaftar cuma aku rasa dalam kes ini, kekangan birokrasi yang leceh dan menyusahkan berlaku...atas rezeki, adik aku mendapat keputusan cemerlanng dalam SPM 2012 yang lepas telah pun ketika itu busy dengan panggilan teuduga IPT, Biasiswa dan sebagainya...dan kebetulan ketika interview untuk ke Pusat Asasi U.M jatuh pada tarikh yang sama dengan ujian KPP adik aku...What happen is bila called the answer is simple, adik di kira gagal...GAGAL????baguslah panggil untuk ujian lambat sangat lepas tu Gagal bila tak dapat hadir sebab ke interview IPT....ini yang paling aku tak puas hati dan sehingga hari ini masih lagi tidak di tentukan bila ujian yang adik aku tak ambil tapi di kira GAGAL tu boleh di ambil semula...The main point is she is going to enter matriculation or foundation around the corner and as far as im concern, JPJ test kena tunggu L matang sebulan which memang tak sempat...and nak datang 8 jam latihan lagi...bila entah..aku Marah dan dissapointed sebab kalau adik aku ambil kelas biasa mesti dah dapat lesen dan aku tidak puas hati kerana program ini seolah-olah melepaskan batuk di tangga, lepaskan yang penting menjelang PRU(salah satu strategi mungkin???)...kalau aku mampu memberi komen pasti aku akan melampiaskan semua...kalau sebulan mungkin aku boleh consider tapi untuk 3 bulan dan belum dapat L???Melampau...kalau kalian mahu salahkan adik aku kerana tak hadir KPP dan pergi interview di UM, mungkin boleh salahkan UM juga sebab panggil interview waktu itu...begitu????Aku bukan mahu condemn kerajaan kerana aku masih makan Ice Cream Satu Malaysia, beli coki-coki di sana, ambil ubat di Klinik Satu Malaysia yang alhamdulillah semuanya bagus, yang aku ingin sampaikan di sini adalah janganlah prosedur dan birokrasi menyusahkan semua dan di akhirnya kita di tuduh tidak bersyukur atau mengenang jasa....

PRU yang penuh kontroversi...

5 Mei 2013 mencatat sejarah kemenangan BN untuk terus kekal memerintah....sebelum PRU lagi hangat pelbagai cerita, kontroversi Seks dan skandal ahli politik...isu Agama, perkauman, Bersih, PTPTN, dan sebagainya lah...sepanjang PRU kali ini, yang mana desas desus pembangkang mungkin mengambil alih Putrajaya walaubagaimanapun gagal menyaksikan kebangkitan suara anak muda yang seolah-olah terikut dengan revolusi yang berlaku di Timur Tengah...Aku kira satu pembaharuan yang bagus walaupun ada pertikaian atau kebangkitan suara yang aku kira masih tidak matang...separuh mereka yang masih belum layak mengundi pun dan masih di bangku sekolah sibuk berdegar-degar menghentam pihak yang mereka tidak gemari...Pada aku mereka ini masih perlu melakukan analisis sebelum memprovokosi di media sosial....
Cerita pasal peranan media sosial...ku kira hari ini di Malaysia, lebih banyak keburukan yang di bawa oleh media ini terhadap masyarakat....anak muda terutama menjelang PRU kali ini lebih banyak menggunakan media sosial untuk menyebarkan asas-asas yang kadang-kadang tidak berasas langsung...
Untuk pihak kerajaan semoga lebih berusaha menjadi yang terbaik untuk rakyat dan untuk pembangkang mungkin rezeki tidak berpihak kepada anda meski manifesto anda boleh di katakan banyak mempunyai kebaikan juga terutama dalam membela rakyat....Aku ada mendengar isu Black out di beberapa kawasan ketika pengiraan undi berlaku dan isu kelewatan peti undi tiba...aku kira SPR perlu mengambil berat atas pertikaian ini..dan untuk pengetahuan korang, ini kali pertama aku mengundi..dan antara kelemahan yang aku tengok adalah warga tua terpaksa menunggu lama tanpa kemudahan kerusi, aku kira mereka perlu untuk lebih prihatin kepada golongan ini....Aku tidak mempunyai masalah ketika mengundi walaupun dakwat yang sepatutnya kekal seminggu tidak kekal selama itu di jariku...isu undi pos yang di bangkitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin tidak adil, aku juga bersetuju..aku kira sepatutnya undi ini berlaku serentak di seluruh negara...methodnya mungkin boleh kita fikirkan bersama nanti...Meski pun begitu, strategi pembangkang yang aku kagumi adalah mereka memikirkan kebersatuan parti secara seluruh berbanding individu mungkin juga di sebabkan semangat berkobar-kobar untuk membentuk Kerajaan...Ini kalilah mungkin tidak menjadi tapi persaingan di kawasan-kawasan panas yang menyaksikan kemenangan pembangkang membuktikan ideologi mereka juga masih di terima ramai...ok cukup mungkin mengenai PRU...banyak-banyak nanti takut ada tak puas hati pula...Mungkin bila ada isu yang perlu di beri perhatian atau bila aku teringat aku akan bercerita lagi mengenai PRU ini...

Monday 29 April 2013

Tentang rumpai laut...satu pertikaian....


Kelebihan dan khasiat RUMPAI LAUT…
Menganalisis tajuk di atas huhuhu…ramai yang meragui keberkesanan rumpai laut dalam aspek kesihatan. Disebabkan my mom jual rumpai laut, maka, serba sedikit research mengeni rumpai laut ni pun di buat…dari serendah harga RM 5 dengan syarat anda membeli secara borong, sehinggalah RM 35 untuk 100 gram sepertimana yang di jual di farmasi-farmasi berdekatan anda…

  • Sejarah atau asal usul rumpai laut…Baiklah, sebelum itu, benda yang aku cuba sampaikan adalah benda yang bersandarkan fakta, ini kerana aku sendiri sukar mempercayai mitos-mitos atau cakap-cakap orang…maka, aku akan cuba mencari fakta setulus mungkin kerana sumber-sumber yang boleh di edit seperti Wikipedia hanya bagus untuk pengetahuan bukan sumber autoriti rujukan…tujuannya bukan nak mempromosi perniagaan my mom sebaliknya untuk mengadjust persepsi atau mungkin memberi pandangan mengenai rumpai laut….
1st of all, rumpai laut ni berasal dari dasar laut dan telah lama di gunakan dalam industry kecantikan kesihatan. Cuma, dahulu kala, ia amat mahal kerana bukan semua nelayan yang menyauk rumpai laut untuk di jual pada pengusaha produk kecantikan…Zaman bertukar maju dan begitu juga dengan mentaliti manusia…Lama kelamaan manusia lebih percaya kepada sumber asli untuk kesihatan di sebabkan kejadian-kejadian meragut nyawa yang membabitkan produk kesihatan berunsurkan campuran kimia..Maka kajian telah di buat oleh pensyarah-pensyarah penyelidikan university awam mengenai rumpai laut…

  • Penternakan rumpai laut berlaku di Sabah kerana keadaan laut yang sesuai untuk aktiviti marin di jalankan….kalau dekat Selat Melaka nanti kena sauk dengan kapal kontena….oleh itu, nelayan-nelayan di sana di beri benih untuk membiakkan rumpai laut dan kemudiannya di tuai untuk di jual…Warna rumpai laut yang berbeza yakni Kuning, Ungu dan Hijau. Kandungan zat yang terdapat walaubagaimanapun adalah jenis yang sama, cuma dalam komposisi yang berbeza. Di sebabkan itu, warna kuning di percayai lebih efisen untuk perawatan kullit wajah manakala yang ungu lebih kepada penyembuhan unsur dalaman seperti melawaskan pembuangan, membantu pelancaran peredaran darah dan sebagainya…
Aku tak mahu membicarakan tentang kolagen kerana aku bukan seorang pakar dalam bidang biologi ini..maklumlah pelajar akaun..dengan ilmu biologi yang aku ada setakat tingkatan 5, aku belum terror untuk membicarakan soal kolagen…
Aku nak korang baca dekat sini dan analysis sendiri
aku dan beberapa pengguna sudah menikmati antara khasiat yang ada dalam kajian ini…sendi, rambut dan sebagainya…
to be fair this is the contrast article:
Cuma menjadi tugas aku hehehe..pendebat untuk menimbulkan beberapa keraguan:

1st: Dalam artikel sinar harian, walaupun ayat saintifik banyak sangat, tapi aku mahu tahu siapakah penulis dan apa autoriti beliau untuk membicarakan mengenai rumpai laut ini…
2nd: Artikel dari the secret medicine ni aku agak tidak berapa yakin, memang niat mereka bagus untuk mengelakkan penipuan kepada pengguna, Cuma siapakah mereka dan apa autoriti yang mereka ada ya???

  • Pasti mereka yang menyokong 2 artikel ni, membentak, ah, siapa mereka tidak penting, yang penting apa yang di sampaikan…benar, tapi bila berbicara soal kepentingan sejagat, kita perlu mengambil kira ilmu kepakaran seseorang itu…Contohnya, diagnosis dari pakar kimia dan bacaan internet mengenai nuclear???mana satu lebih korang percaya???samalah konsep nya dekat sini…
3rd: Kecelaruan yang datang bila akhbar nasional, Berita Harian mengeluarkan artikel khasiat rumpai laut ini dan di bangkang oleh blog-blog comel…aku merasakan artikel yang di publishkan berita harian sebagai media arus perdana harus mempunyai kesahihannya betul atau tidak???
Kalau isu politik nak cakap bias mungkin lain cerita..isu kesihatan nak bias???macam kelakar bunyinya…

4th: Kalau korang membaca, ada artikel yang mengatakan kolagen hanya ada pada haiwan dan tumbuhan tidak mempunyai kolagen…tapi vitamin C membantu pembentukan kolagen…maka makanlah oren dan sebagainya yang mempunyai vitamin C untuk menggalakkan pembentukan kolagen dan sebagainya…maka rumpai laut mempunyai fungsi yang sama???sebagai agen pemangkin???begitu??


  • Ada lagi kecelaruan yang bermain, cuma aku harap artikel ini andai mencetuskan perdebatan biarlah perdebatan ilmiah untuk perkongsian maklumat….Aku tidak mahu menghukum siapa yang benar dan siap yang salah…kuasa percaya dan membeli di tangan anda..Cuma kalau cuba sendiri mungkin baru nampak manfaatnya pada diri masing-masing..dan apa pun percayalah..kerana itu memudahkan semua urusan kita di muka bumi ini…
  • Apa Itu Kolagen???
Here we are…kolagen ni saintifiknya adalah protein gabungan dan sebagainya lah…tapi dalam bahasa kampung macam aku ni, lebih kepada untuk memastikan keanjalan kulit..toing-toing macam dalam iklan tu…

  • Bagus ke tak Rumpai laut ni…
This is very subjective question to be answer…easy to say..the result is depends on the people…
Kakak ipar contohnya dapat kesan keguguran rambut yang jarang berlaku setelah mengamalkannya…saya???liang pori-pori di muka menjadi kurang kelihatan..jiran sebelah,umur 60++, tiada lagi sakit sendi dan lutut..boleh berjalan, berziarah, turun naik tangga….walaupun pada mulanya demam 3 hari sewaktu awal pengambilannya…(mungkin badan mengambil masa untuk menyesuaikan diri….)

 Saya dah cuba, tapi tak berkesan pun….
Ok, bila jawab soalan ni, of coz akan ada yang cakap..ala, nak jual barang..semua bagus…no way ok...now, it is not how to sell the product but about how to deliver the logical sense of knowledge to the people….ok ambil analogi ni(analogi is contoh)…

  • Individu A
  • Saya Demam (38 Celcius). Saya makan Panadol. Tapi demam tak jugak sembuh….Maka, saya ke hospital kerajaan. Dr. bagi saya Paracetamol. Saya makan, terus boleh pergi Mydin membeli belah petang itu sebab dah sembuh…

  • Individu B
  • Saya demam jugak (38 Celcius jugak). Tapi saya pergi ambil Panadol atas peti ais dan makan. Petang itu, saya terus sembuh…
See, both individu have the same case, however kaedah penyembuhan itu berbeza…I have to describe my case in detail because I believe akan ada orang otak debator macam saya kat luar sana mempertikaikan kalau A demam panas, B demam manja-manja camno???memang la panadol x berkesan untuk A…jadi demamnya saya letak suhu yang sama tapi penyesuaian ubat yang berbeza…

Same as rumpai laut, cuba dan nikmati sendiri hasilnya…berubah-ubah ikut individu tapi insyaALLAH setiap sesuatu itu di cipta ada manfaatnya…

Kita pilih yang terbaik untuk kita dengan mencuba…semua orang ada pilihan dan kesan atas tanggungjawab masing-masing, cuma rumpai laut ini tidak bagus untuk mereka yang mengalami penyakit kronik kerana kandungan iodinnya yang tinggi…mereka yang sakit kronik di nasihatkan mendapat penilaian Doktor@Pakar kesihatan bertauliah terlebih dahulu sebelum mengamalkannya…

CARA PENYEDIAAN...DAH IKUT TAPI HANYIR LA, CAIR LA…
Cara yang di berikan mungkin tak salah sebab yang buat instruction tu dah experience cara penyediaannya..tapi bila kita buat tak sama macam dalam gambar..blog atau apa-apa yang kita tengok on9…the issue here is maybe periuk atau bekas yang di sediakan instructor tu tak sama dengan yang kita guna…jadi sukatan pun akan berbeza…

  • Meh buat cara kampong yang senang…first rendam rupai semalaman, the esoknya basuh rumpai laut 10 kali..nak bagi hanyir hilang…..5-6 kali sental (macam basuh baju)hanyir dia masih kuat…hanyir is because air laut dan garamnya bukan korang hilangkan khasiat tu bila basuh banyak kali…senang cerita la…basuh ikan pun siap air asam,sental 3-4 kali,air limau bagai kan..rasa ikan, khasiat???sama je…so sama la dengan rumpai laut…basuh 10 kali…then masuk dalam periuk..for me, bila air tu dah tutup ngam-ngam atas rumpai…boleh rebus sampai mendidih…simpan air rebusan dalam bekas dan dalam peti ais, bila keras dia jadi macam agar-agar..hampas rumpai  rebus tadi tu boleh buat basuh kaki…ramas-ramas dekat tumit….warna akan ada purple cair, jernih kuning-kuning sikit dan sebagainya…rasa???korang pernah makan tak Scott Emulsion warna putih tu…lebih kurang rasa dia je…memang tak la aku nak makan….so, aku bancuh dalam sunquick (siap kacau laju-laju…konon nak hilangkan hanyirJ), baru minum…air lain pun boleh janji bukan kafein…

BILA NAK MAKAN???
Seeloknya pagi masa perut kosong…3 sudu besar, and malam sebelum tidur @ 3 jam lepas makan..sama sukatannya..x di galakkan minum kafein dalam tempoh 2 jam selepas pengambilannya.
So average 6 tablespoon per day..tapi bila dah ada kesan dan nampak effect, kurangkan pengambilannya berperingkat-peringkat ye…
Unfortunately, kena simpan dalam peti sebab if x de, bertahan 2 jam je kat luar rumpai laut yang dah jadi agar-agar ni…

ONCE AGAIN AKU NAK INGATKAN, AKU TAK BERCERITA PASAL KOLAGEN KERANA AKU TIDAK MAHU INFO YANG SALAH ATAU TIDAK MEMPUNYAI KEPASTIAN YANG JITU DI SAMPAIKAN KEPADA PEMBACA…BUKAN SEBAB AKU TAKUT ATAU SEBAGAINYA….
Untuk lebih puas hati, bacalah dari sumber autoriti yang anda percaya dan ada kesahihannya….

For those yang nak beli:
Puan Manisah:019-6051316 (just leave a message if you can’t reach via phone call)